Ini bukan kes baru. Tapi ia baru jadi viral — dan ramai founder tersedar yang mereka pun tak pernah semak.
CP204 dibayar setiap bulan. Duit masuk tangan tax agent. Tax agent tak forward ke LHDN. Founder tak tahu — sampai dapat notis tunggakan.
Masalah bukan sebab guna tax agent. Masalah sebab tak ada cara untuk verify.
Apa itu CP204 dan macam mana duit mengalir
CP204 adalah Anggaran Cukai Pendapatan syarikat. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mewajibkan syarikat membayar ansuran bulanan berdasarkan anggaran keuntungan tahun semasa — bukan bayar sekaligus di hujung tahun.
Proses biasa nampak mudah. Anda bayar kepada tax agent. Tax agent kumpul dan forward ke LHDN. LHDN kreditkan ke akaun cukai syarikat anda. Semua settle.
Masalahnya: dalam proses tu, ada satu gap yang ramai founder tidak sedar. Anda nampak duit keluar dari akaun bank anda. Anda terima resit dari tax agent. Tapi tiada satu pun dalam itu adalah bukti bahawa duit tu dah dikreditkan ke akaun LHDN syarikat anda.
Dua perkara berbeza. Resit dari tax agent hanya sahkan bahawa anda bayar kepada mereka — bukan bahawa mereka dah bayar kepada LHDN.
Kenapa masalah ini berlaku senyap
LHDN tidak hantar notifikasi kepada anda bila bayaran tidak diterima. Sistem mereka bukan real-time alert — ia adalah sistem tunggakan yang mula bergerak bila amaun mencapai tahap tertentu, atau bila pemfailan tahun semasa diproses.
Maknanya: kalau tax agent anda mula skip atau delay forward bayaran kepada LHDN, anda tidak akan tahu dengan segera. Bulan pertama berlalu. Bulan kedua. Mungkin setengah tahun, mungkin setahun lebih — sebelum notis tunggakan sampai.
Dan bila notis tu sampai, jumlah yang tertunggak dah terkumpul — lengkap dengan penalti dan faedah.
Ini bukan kes yang jarang. Ia berlaku dengan cukup kerap untuk menjadi viral. Dan ia berlaku bukan sebab founder yang terkesan tidak berhati-hati — ia berlaku sebab mereka bergantung sepenuhnya pada resit sebagai bukti, tanpa pernah verify terus dari sumber.
Cara verify CP204 sendiri — 5 langkah
Anda tidak perlu tunggu tax agent. Anda tidak perlu ada latar belakang perakaunan. Semakan ini boleh dibuat sendiri dalam masa lima minit melalui portal MyTax rasmi LHDN.
Langkah 1: Log masuk ke MyTax
Pergi ke mytax.hasil.gov.my dan log masuk menggunakan MyTax ID syarikat anda. Kalau anda belum register, anda perlu daftar dahulu menggunakan nombor pendaftaran syarikat. Proses pendaftaran boleh dibuat online dan mengambil masa beberapa hari bekerja.
Langkah 2: Pilih entiti yang betul
Kalau anda ada lebih dari satu syarikat atau entiti, pastikan anda pilih syarikat yang betul sebelum semak. Butiran yang dipaparkan adalah khusus kepada entiti yang dipilih.
Langkah 3: Semak status CP204
Navigasi berbeza mengikut jenis akaun — cari tab "Akaun" atau "e-Filing" dan pilih CP204. Anda perlu nampak rekod bayaran ansuran bulanan untuk tahun taksiran semasa. Kalau ada "Amaun Tertunggak" atau baki yang tidak sepatutnya ada, ini tanda bahawa ada bayaran yang belum dikreditkan.
Langkah 4: Cross-check dengan rekod anda
Bandingkan apa yang dipaparkan dalam MyTax dengan rekod bayaran anda kepada tax agent — tarikh dan amaun setiap ansuran. Kalau ada bayaran yang anda buat tapi tidak appear dalam MyTax, ini adalah isu yang perlu dibangkitkan dengan tax agent anda dengan segera.
Langkah 5: Ulang setiap quarter
Tetapkan peringatan empat kali setahun — Mac, Jun, September, Disember. Lima minit setiap quarter cukup. Anda tidak perlu semak setiap bulan. Yang penting anda tidak biarkan setahun penuh berlalu tanpa sekali pun tengok.
Soalan yang perlu anda tanya tax agent anda sekarang
Kalau anda belum pernah minta bukti kredit dari LHDN — minta sekarang. Ini bukan soalan yang pelik. Ini soalan yang wajar.
Ada dua soalan yang sepatutnya tax agent anda boleh jawab tanpa ragu:
"Boleh tunjukkan bukti kredit dari LHDN — bukan resit bayaran kepada kamu, tapi bukti bahawa LHDN dah terima?" Bukti ini boleh dalam bentuk printscreen atau dokumen dari portal LHDN yang menunjukkan kredit dalam akaun syarikat anda.
"Berapa lama selepas saya bayar, bayaran akan appear dalam MyTax?" Tax agent yang urus akaun dengan betul tahu jawapan ini. Ia biasanya antara beberapa hari hingga dua minggu, bergantung pada kaedah pembayaran.
Tax agent yang bagus tidak akan rasa tersinggung dengan soalan ini. Mereka tahu ini adalah semakan yang wajar — dan mereka akan bantu anda verify.
Delegate kerja, bukan visibility
Guna tax agent adalah keputusan bisnes yang masuk akal. Mereka jimat masa anda, mereka tahu perkara teknikal yang anda tak perlu belajar sendiri, dan mereka boleh optimize filing anda dengan cara yang anda mungkin tercicir kalau buat sendiri.
Tapi ada perbezaan antara delegate kerja dan delegate visibility.
Bila anda delegate kerja, orang lain uruskan execution. Anda masih tahu apa yang berlaku. Bila anda delegate visibility — anda serahkan kemampuan untuk verify. Anda percaya je. Dan "percaya je" bukan sistem — ia adalah risiko yang tertunda.
Cara protect diri bukan dengan tak percaya orang. Cara protect diri adalah dengan ada semakan yang boleh anda buat sendiri, secara bebas, tanpa bergantung pada sesiapa untuk beritahu anda bahawa semuanya okay.
MyTax adalah semakan tu. Lima minit, empat kali setahun.
Nota peribadi
Latar belakang saya adalah Kewangan. Saya mula dengan syarikat video production, kemudian pivot ke digital marketing agency, dan selepas lockdown 2020, saya pivot ke e-commerce — dan akhirnya bina ARAS dari pengalaman menguruskan operasi sendiri.
Dalam semua fasa tu, satu perkara yang saya belajar: masalah paling mahal dalam bisnes bukan yang besar dan jelas — ia adalah yang senyap. Tunggakan yang terkumpul. Gap yang tak nampak. Blind spot yang anda tahu ada tapi tak ada masa nak tengok.
Artikel ini bukan tentang cukai semata-mata. Ia tentang founder yang tahu apa yang berlaku dalam bisnes mereka — walaupun orang lain yang uruskan.
Sebab itulah saya bina ARAS — untuk seller online yang nak jalankan operasi dengan lebih jelas. Kalau anda menjual online dan nak ada lebih visibility dalam operasi perniagaan anda, explore aras.my.
