Ciri baru, penambahbaikan, dan pembetulan — dicatat setiap kali kami hantar.
Storefront dengan katalog, galeri dan checkout yang lebih jelas, nama role pilihan anda, serta pembaikan team, order variasi dan sync WooCommerce.
Lajur Orders ikut pilihan anda, order dikunci selepas pickup, ambang penghantaran percuma ikut zon, pilihan bayaran yang lebih jelas di checkout, dan beberapa penambahbaikan lain yang kini live.
Checkout kini menggunakan poskod Malaysia sebagai signal utama untuk tentukan zon shipping sebelum fallback kepada negeri. Caj bermula pada band 1 kg dan meningkat mengikut setiap kg tambahan yang bermula.
Proses connect, update, dan putuskan store kini disemak di server mengikut workspace dan akses plan. Rotasi key lama turut kekal serasi supaya sambungan sedia ada tidak terputus.
ARAS menyediakan laluan CHIP yang menggunakan akaun merchant sendiri untuk settlement terus. Ciri ini kekal di bawah kawalan akses dan perlu diaktifkan untuk workspace yang layak.
Aliran payout CHIP kini membezakan kegagalan yang disahkan daripada keputusan yang masih tidak jelas. Dana tidak dipulangkan semula sehingga HQ mengesahkan hasil sebenar dan memilih tindakan recovery.
Tab Ads kini membandingkan ad spend dengan revenue sebenar dan gross margin anda, kemudian menunjukkan sama ada ROAS sudah melepasi titik pulang modal. HQ juga boleh lihat pecahan workspace atau setiap ahli.
HQ kini boleh cari transaksi AWB mengikut nombor order, lihat pecahan courier dan platform fee, serta menjejak credit refund dengan reference yang lebih jelas.
Halaman Customers kini menggunakan table dan toolbar yang lebih kemas dengan carian, filter, bulk action, export penuh, serta import CSV yang lebih stabil.
Notifikasi order kini hanya tercetus untuk order baharu yang diterima. Import sejarah dan order lama tidak lagi menghantar alert seolah-olah ia baru masuk.
Senarai Orders kini lebih mudah diproses pada skrin kecil, dengan status dan maklumat penting yang lebih jelas. ARAS turut memberi amaran sebelum order manual berganda dicipta dan menandakan kemungkinan duplicate storefront untuk semakan HQ.
Setiap pengguna boleh berkongsi link referral peribadi. Apabila workspace yang dirujuk membayar, referrer menerima 20% daripada 12 invois berbayar pertama, tertakluk kepada hold dan semakan payout.
Merchant kini boleh bina kempen sendiri, sertai kempen ARAS, dan semak cadangan promosi dari satu tempat. Harga storefront berubah ikut jadual, sementara checkout mengesahkan harga akhir di server.
Merchant kini boleh salin atau kongsi pautan terus ke produk tertentu, sementara pelanggan nampak harga kempen, produk terjual, dan product sheet yang lebih kemas.
Signup baharu yang layak kini boleh menerima akses trial Peniaga secara automatik, dengan tempoh dan tamat trial diuruskan oleh ARAS tanpa kerja manual.
HQ kini boleh tetapkan courier operasi untuk delivery storefront. Pelanggan hanya nampak Standard delivery dan kadar zon yang jelas, manakala routing dibuat di belakang tabir.
HQ kini boleh tetapkan yuran tetap atau peratusan untuk COD dan online payment, secara berasingan untuk MYR dan SGD. Checkout menunjukkan jumlah yang sama dengan kiraan server.
HQ kini boleh susun katalog dengan tag produk dan simpan dimensi parcel pada produk. Tag kekal sebagai klasifikasi, manakala dimensi disimpan untuk keperluan shipping yang akan datang.
Sesetengah menu popover (seperti pill status pada Orders) kadangkala tidak bertindak balas kepada klik. Ini telah dibetulkan.
Kami membetulkan isu yang boleh menyebabkan sesetengah simpanan produk gagal. Jika anda pernah menghadapi masalah ini, cuba simpan semula.
Sesetengah pengguna mengalami masalah log masuk pada peranti mudah alih, terutamanya selepas bertukar tab atau aplikasi. Ini telah dibetulkan.
Navigasi akaun pada peranti mudah alih kini lebih kemas, dan pembetulan telah dibuat pada paparan kebenaran mengikut peranan yang kadangkala tidak tepat.
Butiran pelanggan kini terbuka sebagai halaman CRM penuh, bukan drawer tepi yang sempit. Sunting maklumat lebih mudah, dan import alamat kini sokong baris ke-3 (unit/blok/taman).
Skrin Produk kini ada kawalan carian, penapis, dan tindakan pukal yang lebih kemas dan konsisten dengan reka bentuk dashboard terkini.
Untuk merchant yang connect TikTok Shop: isu penyegerakan imej variasi dan kuantiti stok antara ARAS dan TikTok Shop telah dibetulkan.
HQ kini boleh terima ringkasan mingguan tentang jualan, order, status penghantaran, perubahan minggu ke minggu, dan top performer terus dalam email.
New Order dan Bulk Order kini boleh memasukkan shipping fee sebelum order dicipta. Jumlah akhir yang merchant lihat terus merangkumi item dan shipping.
Ejen dan stokis kini boleh mengaut komisen override apabila orang yang mereka rekrut membuat jualan — sehingga beberapa tahap ke bawah. HQ boleh lihat seluruh pokok downline, betulkan sponsor yang salah dengan satu klik, dan konfigurasi bonus rekrutmen, bonus sama tahap, serta komisen mengikut saluran — semua dari satu tempat.
Setiap halaman dashboard kini guna satu sistem reka bentuk baharu — warna, jarak, dan komponen yang konsisten dari Orders sampai Wallet. Sidebar baharu, lebih pantas navigasi, dan mod gelap yang betul-betul selesa mata.
Jadual Orders kini lebih kemas dan tidak perlu scroll ke tepi. Tambah nota dalaman terus dari senarai, salin nombor order/tracking sekali klik, dan ahli team kini boleh batalkan order sendiri di peringkat awal tanpa tunggu HQ.
Sesetengah akaun Ninja Van Mode B tak berjaya daftar webhook secara automatik selepas connect OAuth. Skop kebenaran OAuth kini diluaskan supaya pendaftaran webhook berjaya setiap kali.
Beberapa pembetulan pada cara komisen, pendapatan seumur hidup, dan ranking dikira dan dipaparkan. Kalau anda perasan nombor sikit berbeza berbanding sebelum ini, ini sebabnya — ia sekarang lebih tepat, bukan ralat.
HQ boleh tetapkan caj tambahan COD (jumlah tetap atau peratusan) dari Dashboard — tiada lagi perlu ke WooCommerce semata-mata untuk konfigurasi ini. Setiap ahli team guna caj yang sama yang HQ tetapkan.
Batalkan order dalam ARAS kini turut batalkan penghantaran sebenar dengan Ninja Van, dan komisen yang belum dikreditkan pada order dibatalkan/dipulangkan kini betul-betul ditandakan dibatalkan.
Bila HQ isi Payout Float, permohonan pengeluaran ejen dibayar serta-merta secara automatik — tiada lagi tunggu HQ proses manual satu-satu.
Pengeluaran yang diproses manual oleh HQ kini disertakan resit pemindahan, dan ejen dapat notifikasi automatik setiap kali status pengeluaran mereka berubah.
Ahli team bukan-HQ kini dapat link storefront peribadi (store.aras.my/{slug}/{code}) supaya order yang mereka bawa masuk automatik dikaitkan untuk komisen — lengkap dengan QR code dan statistik jualan sendiri.
Komisen ejen kini ditahan 3 hari selepas order lengkap sebelum ia boleh dikeluarkan dari Wallet. Ini melindungi komisen daripada refund atau pulangan awal tanpa melambatkan bayaran terlalu lama.
Kebanyakan pelanggan anda beli guna telefon. Storefront kini berkelakuan macam app sebenar — sheet boleh swipe untuk tutup, animasi lancar, dan medan telefon terus tunjuk bendera serta kod negara. Satu medan checkout dibuang untuk pembeli Malaysia.
Borang order storefront kini ada seksyen bernombor, ikon konteks, dan tanda amanah supaya pembeli tahu betul-betul di mana mereka berada. Product sheet dan cart diratakan — tiada lagi kad dalam kad — dan semua permukaan ikut warna tema kedai anda.
Homepage storefront dibina semula dari awal. Ia kini buka dengan seksyen hero, rak Best Seller, dan senarai produk yang kemas — susun atur yang pembeli jangka dari kedai online sebenar. Cart bar terapung muncul bila pembeli tambah barang.
Seksyen Storefront dalam dashboard dibina semula jadi panel kawalan operasi. Anda kini nampak strip KPI dengan perubahan tempoh-ke-tempoh, preview langsung kedai anda, kad Quick Actions, QR padat, dan mockup telefon interaktif untuk cuba tema.
Halaman Stores untuk merchant dengan banyak kedai kini tunjuk metrik 30 hari langsung pada setiap kad kedai, toggle list/grid yang berfungsi, dan kolum Owner. Pada telefon, kad boleh dikembang, ada strip ringkasan KPI, dan filter naik dari bawah skrin.
Merchant kini boleh hubungkan akaun TikTok Shop mereka ke ARAS dan urus semua order di satu tempat. Order, produk, dan stok sync secara automatik. Bila AWB dijana, status fulfillment dihantar balik ke TikTok Shop tanpa kerja manual.
Pelanggan yang save storefront anda ke homescreen telefon mereka kini nampak ikon dan nama kedai anda — bukan ikon ARAS yang generik. Favicon juga dikemaskini secara automatik dalam tab browser. Merchant tidak perlu buat apa-apa — ia berfungsi secara automatik bila logo ditetapkan.
Data analitik dan atribusi storefront kini berada dalam tab Analytics yang berasingan, dan tab Overview disusun semula untuk tumpukan pada konfigurasi penting sahaja. Perubahan ini juga betulkan beberapa ketidakkonsistenan visual dalam paparan storefront.
Merchant Peniaga kini boleh hantar kempen WhatsApp terus kepada senarai customer dari dalam ARAS. Semua broadcast guna template yang diluluskan Meta — bukan mesej bebas — dan sistem track delivery, bacaan, serta kendalikan opt-out secara automatik.
Inbox WhatsApp ARAS kini hadir dengan panel customer, rekod order terus dalam perbualan, canned responses, nota dalaman, dan filter yang lebih baik. AI Reply juga kini boleh disambungkan ke model merchant sendiri melalui tetapan.
Kadar platform fee CHIP kini dikira berdasarkan kaedah bayaran yang dipilih pelanggan — bukan kadar 2% rata yang salah digunakan sebelum ini. FPX, kad kredit, dan kaedah lain kini masing-masing ada kadar yang tepat.
Checkout storefront kini mengira semula harga, shipping, stok, dan jumlah order di server sebelum order dicipta. Perlindungan idempotency dan pemulihan order CHIP yang ditinggalkan turut mengurangkan duplicate order dan stok tersangkut.
Pengguna HQ kini boleh nampak kiraan order baharu terus pada sidebar, manakala summary Orders menjelaskan bila kiraan datang daripada filter yang sedang aktif.
AWB Manager kini paparkan status setiap parcel dalam lajur yang jelas — In Transit, Delivered, Returned, Cancelled — dan betulkan satu kesilapan lama di mana parcel yang dikembalikan pernah dipaparkan sebagai Cancelled. Merchant juga kini boleh buat bulk action terus dari telefon.
Storefront ARAS kini dapatkan kadar penghantaran sebenar dari EasyParcel semasa checkout — bukan kadar tetap yang kami anggar sebelum ini. Pembeli nampak pilihan Standard dan Express dengan harga kurier sebenar. Merchant tidak lagi perlu tanggung perbezaan atau meneka kos penghantaran sendiri.
Storefront ARAS kini menyokong pasaran SG sepenuhnya. Set harga SGD per variasi, aktifkan mod SG untuk pelanggan anda, dan checkout berjalan dalam SGD dengan validasi server-side. Satu dashboard, dua pasaran.
Modal New Order kini simpan draft secara automatik semasa anda taip. Tutup tetingkap, buka balik — semua maklumat customer, alamat, dan item masih ada. Harga tidak disimpan, untuk keselamatan.
Merchant Mode B yang connect akaun Ninja Van sendiri kini mendapat webhook auto-daftar selepas OAuth selesai. Tiada manual setup URL — ARAS daftar webhook terus dengan Ninja Van atas nama anda.
Merchant HQ kini boleh matikan pilihan COD di storefront dari dalam dashboard. Sesuai untuk produk nilai tinggi atau kes di mana COD bukan pilihan yang praktikal.
Mesej WhatsApp masuk dari pelanggan kini muncul terus dalam dashboard ARAS. Baca dan balas dari satu panel — tanpa tukar antara phone dan laptop.
Merchant Peniaga kini boleh sambung alat penjejakan seperti Google Analytics 4, GTM, atau Meta Pixel ke storefront mereka dari dalam dashboard. Faham dari mana trafik dan order datang.
HQ kini boleh pilih berbilang order dalam AWB Manager dan cetak semua waybill serentak dalam satu tindakan. Sesuai untuk fulfilment harian dengan banyak order.
Produk dengan kombinasi pilihan kini guna model varian kumpulan. Cipta kumpulan seperti Warna dan Saiz — ARAS janakan semua kombinasi secara automatik dengan stok, harga, dan gambar tersendiri.
Merchant yang jual produk makanan beku, sejuk, atau bersuhu kawalan boleh tandakan keperluan suhu pada produk. ARAS hantar arahan ini kepada Ninja Van secara automatik semasa AWB dijana.
Pelanggan kini nampak breakdown penghantaran yang jelas — Subtotal, Fee Penghantaran mengikut zon, dan Jumlah Keseluruhan — sebelum sahkan order. Tiga zon: Semenanjung RM 6.50, Sabah & Sarawak RM 13.00, Singapura RM 30.00.
Storefront ARAS kini tersedia dalam tiga tema: Lalai (krim hangat), Putih (bersih minimal), dan Hitam (premium gelap). Tukar tema dari dashboard — papar serta-merta tanpa kelipan.
Sebuah brand fesyen dari Selangor baru aktifkan Storefront.