Kalau anda proses 30, 50, atau lebih order sehari, cetak waybill satu persatu mengambil masa yang ketara. Buka setiap order, cetak, tutup, buka seterusnya — berulang kali sepanjang sesi packing pagi. Masa itu boleh dipakai untuk kerja lain.
Cetak Waybill Serentak membolehkan anda pilih berbilang order dalam AWB Manager dan cetak semua waybill dalam satu tindakan. Pilih order yang dah siap, klik cetak, dan semua waybill keluar bersama untuk disusun dan ditampal.
Cara guna
- Buka AWB Manager → tab Pending
- Tanda semua order yang nak dicetak
- Klik "Cetak Waybill" — sistem janakan semua waybill dan buka dialog cetak
Untuk siapa
- Merchant yang proses banyak order sehari dan nak permudahkan sesi packing
- Operasi yang ada jadual penghantaran tetap dan nak batch semua waybill dalam satu masa
Ciri ini tersedia untuk pengguna HQ. Waybill dicetak menggunakan format Ninja Van yang sama seperti cetakan tunggal.
