Apa yang dibetulkan
Platform fee untuk pembayaran CHIP dikira menggunakan kadar 2% rata untuk semua kaedah — FPX, kad kredit, e-wallet, dan lain-lain. Ini tidak tepat kerana setiap kaedah bayaran mempunyai kadar yang berbeza dari CHIP.
Kadar kini dikira berdasarkan kaedah bayaran sebenar yang dipilih pelanggan semasa checkout. Maklumat kaedah bayaran juga kini direkodkan dalam rekod order untuk rujukan penyelesaian yang lebih tepat.
Siapa yang terjejas
Merchant yang terima pembayaran melalui CHIP pada storefront atau melalui order manual. Tiada tindakan diperlukan dari anda — pengiraan baharu berfungsi secara automatik untuk semua pembayaran baharu.
