Semua kemaskini
Ciri Baru·16 Julai 2026

HQ Kini Boleh Tetapkan Caj Tambahan COD

HQ Kini Boleh Tetapkan Caj Tambahan COD

Kenapa ini penting

Sebelum ini, tiada cara dalam Dashboard untuk HQ tetapkan caj tambahan bagi order COD — setiap order COD dipaparkan "COD (Tiada caj)" tanpa pengecualian, memaksa HQ kembali ke WooCommerce semata-mata untuk urus caj ini.

Tetapkan dari Dashboard

HQ kini boleh tetapkan caj tambahan COD — sama ada jumlah tetap (RM) atau peratusan — di halaman Storefront → Shipping. Caj ini disimpan khusus untuk workspace anda, dan setiap ahli team (agen, stokis, dropship) automatik guna caj yang sama yang HQ tetapkan bila cipta order COD.

Caj tambahan ini dikira terus ke dalam jumlah order, jadi Ninja Van dan J&T kutip jumlah penuh termasuk caj — tiada perubahan diperlukan di pihak courier.

Skop kemas kini ini

Ciri ini untuk order yang dicipta dalam Dashboard sahaja. Checkout storefront tidak dikenakan caj tambahan ini buat masa ini.

Dah baca cukup. Cuba ARAS sekarang.

Platform jualan sendiri. 30 hari percuma. Tanpa komitmen.