Kenapa ini penting
Sebelum ini, komisen ejen dikreditkan serta-merta bila order lengkap dan terus boleh dikeluarkan. Masalahnya: kadang-kadang pelanggan minta refund atau pulangkan barang selepas order dah ditandakan lengkap — WooCommerce refund lewat, atau courier pulangkan parcel selepas beberapa hari. Bila ini berlaku selepas ejen dah keluarkan duit komisen tu, ARAS terpaksa "clawback" — tarik balik dari baki masa depan. Itu pengalaman yang tak best untuk sesiapa.
Apa yang berubah
Komisen kini masuk dulu ke baki "ditahan" (held) selama 3 hari selepas order lengkap. Dalam tempoh ni, kalau order kena refund atau pulangan, komisen terbalik terus dari baki ditahan — tiada kesan pada duit yang dah ada dalam Wallet ejen, sebab memang belum sampai situ lagi.
Selepas 3 hari, komisen matang secara automatik dan masuk ke baki Wallet yang boleh dikeluarkan (earningBalance). Tiada tindakan diperlukan — proses ni berjalan sendiri di belakang tabir.
Kenapa 3 hari
Tempoh tiga hari memberi ruang untuk isu awal selepas order lengkap dikesan, sambil memastikan komisen yang tiada isu cepat tersedia untuk ejen. Jika refund atau pulangan berlaku selepas komisen matang, clawback tetap terpakai pada baki yang masih ada.
