Kalau anda jual produk dengan lebih dari satu pilihan — contohnya baju dengan 8 warna dan 5 saiz — anda tahu betapa meletihkannya urus varian secara manual. Model lama ARAS ada senarai pilihan rata. Anda boleh senaraikan warna, dan anda boleh senaraikan saiz, tapi tidak ada cara yang betul untuk gabungkan keduanya sebagai satu set kombinasi. Dengan 8 warna × 5 saiz, itu 40 varian yang perlu dikemas kini satu persatu.
Model Varian Kumpulan v2 menyelesaikan ini. Anda cipta kumpulan pilihan — contohnya: Warna (Merah, Biru, Hitam, Putih) dan Saiz (XS, S, M, L, XL) — dan ARAS janakan semua kombinasi secara automatik. Setiap kombinasi ada stok, harga, dan gambar tersendiri. Kalau Saiz XS Merah dah habis stok, hanya varian itu sahaja yang tidak boleh dibeli.
Apa yang pembeli nampak di storefront
Pembeli pilih pilihan satu kumpulan pada satu masa — Warna dulu, kemudian Saiz. Butang "Tambah ke Troli" tidak aktif sehingga semua kumpulan dipilih. Ini elak kekeliruan yang selalu berlaku bila pembeli tidak lengkapkan pilihan tapi order tetap dibuat.
Cara setup
- Buka produk dalam dashboard → pilih "Tambah Kumpulan Varian"
- Cipta kumpulan pilihan anda dan masukkan nilai untuk setiap satu
- ARAS janakan semua kombinasi — tetapkan stok, harga, dan gambar untuk mana-mana yang berbeza
- Simpan — storefront paparkan selector yang betul secara automatik
Demo Kain & Co menunjukkan ini secara langsung: 12 produk fesyen dengan 83 varian aktif, termasuk kes stok habis dan varian tidak aktif. Cuba di aras.my/demo.

