Kenapa ini penting
Sebelum ini, setiap permohonan pengeluaran ejen perlu diluluskan dan diproses secara manual oleh HQ — walaupun baki dah cukup dan tiada isu. Untuk workspace dengan ramai ejen aktif, ini bermakna HQ perlu masuk setiap hari semata-mata untuk proses payout. Ejen pula tertanya-tanya bila duit akan sampai.
Payout Float — kumpulan dana pra-bayar
HQ kini boleh isi "Payout Float", satu kumpulan dana khas untuk bayar pengeluaran ejen. Bila ejen mohon keluarkan duit dan Payout Float mencukupi, bayaran diproses serta-merta secara automatik — tiada campur tangan manual diperlukan. Kalau Payout Float tak cukup untuk permohonan tertentu, ia jatuh balik kepada aliran manual sedia ada (HQ sahkan dan bayar sendiri).
HQ boleh pantau baki Payout Float terus dari Wallet, dengan amaran bila baki dah rendah.
Untuk ejen: lebih pantas, lebih jelas
Ejen yang mohon pengeluaran kini nampak jelas sama ada permohonan mereka dibayar serta-merta atau perlu tunggu HQ proses — tiada lagi tertanya-tanya. Bayaran serta-merta dihantar melalui CHIP dengan yuran RM 1.00 ditanggung ejen, sama seperti pengeluaran manual biasa.

