Bila merchant Mode B connect akaun Ninja Van sendiri melalui OAuth, sistem cuba daftar webhook status secara automatik di sebalik tabir. Sebahagian akaun menghadapi kegagalan senyap sebab token OAuth yang dihasilkan tidak ada kebenaran mencukupi untuk endpoint pendaftaran webhook.
Skop kebenaran yang diminta semasa OAuth kini diluaskan untuk merangkumi pendaftaran webhook. Merchant Mode B yang connect akaun baharu selepas kemas kini ini akan dapat webhook berdaftar secara automatik tanpa sebarang langkah tambahan.
