Kenapa ini penting
Ejen, stokis, dan dropship yang promosikan storefront merchant selalunya hantar link storefront biasa — tiada cara untuk sistem tahu order tu datang dari usaha mereka secara automatik. Halaman Storefront untuk ahli bukan-HQ pun sebelum ini cuma papar "Coming Soon".
Link peribadi, atribusi automatik
Setiap ahli bukan-HQ kini dapat link storefront sendiri dalam bentuk store.aras.my/{slug}/{code}. Bila pelanggan beli melalui link ni, order terus dikaitkan dengan ahli tersebut melalui sistem referral sedia ada — tiada langkah tambahan diperlukan untuk kira komisen.
Halaman Storefront ahli bukan-HQ kini papar link peribadi mereka, kod QR untuk dikongsi, dan statistik jualan storefront mereka sendiri — menggantikan placeholder "Coming Soon" yang lama.
Sekali guna, terus aktif
Link dijana secara automatik kali pertama ahli buka halaman Storefront — tiada setup atau permohonan diperlukan.

