Analytics keluar dari Overview
Sebelum ini, tab Overview dalam tetapan storefront mengandungi dua perkara yang berbeza: konfigurasi storefront (slug, tema, logo, status bayaran) dan juga data analitik pengunjung serta atribusi sumber traffic. Dua perkara ini tidak patut berada dalam tab yang sama.
Kini, analitik dan atribusi berada dalam tab Analytics yang berasingan. Tab Overview kekal untuk konfigurasi — apa yang merchant perlu setup dan ubah dari semasa ke semasa.
Tab Analytics untuk HQ
Tab Analytics hanya kelihatan kepada HQ (Super User dan Ops Admin). Ia mengandungi data pengunjung storefront, sumber traffic, dan maklumat atribusi lain yang sebelum ini tersembunyi dalam tab Overview.
Pemisahan ini juga menyelesaikan satu masalah teknikal: payload awam storefront tidak lagi terpalit dengan data analitik semasa tetapan disimpan, yang pernah menyebabkan konfigurasi tersimpan terlindih secara tidak sengaja.
Overview yang lebih bersih
Tab Overview juga disusun semula. Strip status pembayaran dan penghantaran diperkemas menjadi paparan yang lebih padat. Heading kad menggunakan saiz yang konsisten. Tab switcher kini menggunakan reka bentuk yang sama dengan tab Orders di seluruh dashboard.
Perubahan ini kecil secara individu, tetapi memberikan paparan storefront rasa yang lebih kemas dan konsisten dengan bahagian lain ARAS.

