Ramai merchant yang kami bercakap dengan hadapi masalah yang sama: pelanggan WhatsApp untuk tanya status order, tapi semua rekod ada dalam dashboard di laptop. Anda kena beralih antara dua skrin — atau lagi teruk, anda jawab "tunggu sekejap" dan buka laptop dulu sebelum boleh bagi jawapan yang betul.
WhatsApp Inbox menyelesaikan masalah ini. Bila pelanggan mesej nombor WhatsApp perniagaan anda, mesej itu muncul terus dalam dashboard — senarai perbualan di panel kiri, thread penuh di panel kanan. Semua dalam satu tempat. Anda boleh baca konteks perbualan sebelumnya dan balas terus tanpa tinggalkan ARAS.
Apa yang anda boleh buat sekarang
- Tengok semua perbualan WhatsApp masuk dalam satu panel bersatu
- Baca thread penuh setiap pelanggan dengan sejarah mesej lengkap
- Balas terus dari dashboard — tekan Enter untuk hantar
- Sistem lindungi anda daripada hantar mesej di luar tetingkap perkhidmatan 24-jam WhatsApp secara automatik
Buat masa ini, WhatsApp Inbox tersedia untuk pengguna HQ — super_user dan ops_admin. Ini bukan keputusan kekal; kami sedang rancang akses pasukan dalam fasa akan datang.
Apa yang kami bina seterusnya
Fasa ini (W4) adalah asas. Langkah seterusnya: pengesanan status baca dan penghantaran (W5), penugasan perbualan kepada ahli pasukan (W6), dan pembantu balas AI (W7) yang akan cadangkan respons berdasarkan konteks order pelanggan tersebut. Kalau anda dah guna ARAS dan ada maklum balas tentang Inbox — hubungi saya terus.

