Semua artikel
Strategi·8 Mac 2026·5 min baca

Kenapa Akaun TikTok Shop Anda Boleh Kena Ban Tanpa Amaran

Platform boleh suspend akaun anda pada bila-bila masa. Inilah sebab merchant Malaysia perlu ada platform sendiri sebelum

Saya nak cerita satu benda yang berlaku kepada seorang kenalan saya. Dia jual produk kecantikan. Dah bina follower hampir 40,000 orang kat TikTok Shop. Setiap bulan boleh buat RM 18,000 hingga RM 25,000 dalam jualan. Bukan sikit.

Satu pagi dia bangun, cuba log in — akaun kena suspend. Tiada notifikasi awal. Tiada e-mel amaran. Tiada sebab yang jelas pun.

Dia cuba appeal. Masuk ticket. Tunggu. Tunggu lagi. Jawapan yang dia dapat? "Your account has been reviewed and the decision stands." Habis cerita.

40,000 follower. Habis. Rekod jualan. Habis. Customer data. Habis.

Ini bukan kes terpencil

Kalau anda active dalam komuniti seller Malaysia, anda tahu ini bukan cerita luar biasa. Ia berlaku setiap minggu. Kadang-kadang sebab video yang dianggap melanggar community guidelines. Kadang-kadang sebab ada orang report akaun anda — competitor ke, saje-saje ke. Kadang-kadang platform sendiri pun tak tahu kenapa.

Masalahnya bukan semata-mata pada ban itu sendiri. Masalah sebenar adalah ini: semua yang anda bina selama ini — follower, ulasan produk, data customer, momentum — semuanya duduk atas infrastruktur orang lain.

Anda bukan pemilik. Anda penumpang.

Platform ada hak untuk buat apa sahaja

Baca terms and conditions mana-mana platform besar. Saya dah baca. Ada satu frasa yang sentiasa ada, dalam pelbagai bentuk: "We reserve the right to terminate or suspend your account at our sole discretion."

Ikut budi bicara kami semata-mata. Mereka tak perlu bagi sebab. Mereka tak perlu bagi notis. Dan anda tak ada apa-apa recourse yang bermakna.

Ini bukan kritikan terhadap TikTok Shop sahaja. Shopee pun sama. Lazada pun sama. Mana-mana platform marketplace pun sama. Ini adalah model perniagaan mereka — dan ia sah dari segi undang-undang.

Yang lebih bahaya: perubahan dasar yang perlahan

Ban mendadak itu menakutkan. Tapi ada sesuatu yang lebih bahaya lagi — perubahan dasar yang berlaku secara beransur-ansur.

Commission fee naik sikit. Algoritma berubah, reach organik jatuh. Syarat free shipping bertukar. Iklan menjadi lebih mahal untuk maintain visibility yang sama.

Setiap perubahan ini kecil sahaja. Tapi tambah semua dalam setahun — margin anda makin nipis. Dan anda tak boleh buat apa-apa, sebab anda bergantung sepenuhnya pada platform itu.

Apa yang patut anda buat sekarang

Saya bukan cakap anda perlu tinggalkan TikTok Shop atau Shopee sekarang. Mereka ada traffic yang besar. Gunakan itu.

Tapi jangan bina rumah atas tanah orang lain.

Setiap customer yang beli dari anda kat platform tu — cuba dapatkan contact mereka. Bawa mereka ke channel yang anda kontrol. WhatsApp group, e-mel list, atau storefront anda sendiri.

Platform untuk dapat customer baru. Platform anda sendiri untuk jaga customer yang dah ada.

Bila anda ada itu — kalau esok lusa TikTok ban akaun anda, anda sedih. Tapi anda tak mati. Bisnes anda masih hidup, sebab ia duduk atas infrastruktur yang anda punya.

Itu yang kami panggil Bring Your Own Traffic. Dan itu sebab ARAS dibina.

Risiko PlatformBYOT & Platformtiktokplatform-riskbyotmerchant-strategy
Glosari istilah →

Bina storefront sendiri yang anda kawal.

Marketplace boleh berubah bila-bila masa. ARAS bantu seller bina operasi jualan yang lebih berdikari.